Wednesday, 3 June 2020
Saturday, 16 May 2020
JENIS-JENIS CIKGU YANG KORANG JUMPA KAT SEKOLAH
Tahun 2020! Lama tak
update blog ni. Ramai antara korang dah pon berkerjaya,
berpasangan dan memang susah nak lepak sama-sama lagi. Budak-budak lelaki sejak
dah kahwin ni group whatsapp pon senyap je. Kehidupan sekarang tak
semudah dulu. Tapi tak apa, sempena Perintah Kawalan Pergerakan
ni ada juga masa untuk update blog yang sendu ni sekadar mengisi
masa lapang. Jadi entri kali ini ialah mengenai jenis-jenis cikgu!
1. Cikgu yang Suka Cerita Kisah Silam Dia
Jenis
cikgu yang ni rasanya yang paling selalu kita jumpa kat sekolah. Biasanya
cerita start bila ada benda yang dia tak puas hati
dengan perangai budak zaman sekarang. Dalam kelas kita, cikgu jenis ni tak
lain tak bukan lagi ialah cikgu BM kita iaitu cikgu Noraini. Beliau
suka cerita tentang sejarah beliau untuk dibandingkan sebagai pengajaran. Tapi
kadang-kadang macam angkat bakul sendiri je. Haha. Kita pon
terpaksa dengarkan. Tapi hasil didikan beliau banyak yang dapat A dalam BM.
Terima kasih cikgu!
p/s:
Cikgu ni kalau dia cubit kat perut bisa rasa nak tertanggal kulit! Kalau korang
ingat dulu masa nak siapkan kerja sekolah dia kat bilik tayangan sampai sanggup
ponteng kelas fizik. Sir Tan kantoikan sorang-sorang kena cubit sampai
terangkat-angkat tumit woi! Apalah dengki sangat Sir Tan mungkin sebab tak
dapat balik awal hari tu kot.
2. Cikgu yang Tak Garang Langsung
Cikgu
jenis ni memang jarang la jumpa. Dia susah nak marah murid tapi kena marah
dengan murid ada lah! Aku rasa cikgu jenis ni pernah ajar kelas kita dan tak
lain ialah Sir Lim yang mengajar matematik. Sir Lim ni agak terkenal dengan RXZ
pasang box dia. Kalau budak lelaki kelas kita, itulah jadi bahan. Sir Lim ni
cakap pon lembut je. Ada satu peristiwa tu, budak kelas bising
dia cakap, “kalau kamu bising, saya keluar”. Biasa budak bising yang kena
keluar. Haha.
Selain
Sir Lim, honourable mention yang lain ialah cikgu Sa’adah. Cikgu pilihan korang untuk
menggantikan teacher yang garang tu, tak ingat nama. Kalau korang
ingat, korang tulis surat ke pejabat pengetua untuk tukar cikgu Sa’adah sebagai
cikgu matematik. Memang baik tak pernah merungut kalau murid tak
faham dia akan ulang sampai faham. Terima kasih cikgu!
3. Cikgu yang Sporting
Cikgu
yang sembang macam kawan-kawan, pasang lagu masa kelas dan kalau gelak memang
kuat. Tak lain tak bukan ialah cikgu biologi kita
cikgu Raja Zainil. Kalau murid mengantuk dia pasang lagu. Berbeza dengan pengajaran
di kelas, di makmal menggunakan slide untuk mengajar. Kalau bosan
cikgu akan pasang video kelakar. Kalau dah mula sembang, memang galak la.
Sir
Tan boleh dikategorikan sebagai sporting tapi dia ni kuat juga membebelnya!
Selain tu Sir Chandran juga boleh dibawa bergurau. Kalau lah korang ingat apa
yang korang tunjuk kat dia. Kah kah kah… tak siap kerja sekolah? Boleh
korang main kejar-kejar dekat koridor sekolah.
4. Cikgu yang Cun
Cikgu
yang menjadi pujaan hati dan menjadi penyejuk mata murid lelaki di sekolah. Tak
lain ialah cikgu Fizik kita iaitu cikgu Balqis. Cikgu ni muda lagi, dah lah
baik pula tu. Selalu juga terlepas kena marah sebab tak siap
kerja sekolah. Result SPM hancur mungkin sebab tak boleh fokus apa
yang cikgu ajar kat depan sebab saya hanya fokus kat cikgu. Cia cia cia…
5. Honourable Mention
Cikgu
Tang yang mengajar BI, sorry Sejarah ni unik sikit sebab dia akan bawak masuk hand speaker
dalam kelas. Memang dah tabiat dia mungkin sebab suara dia tak
kuat. Tapi itulah, kalau tersalah tekan button keluarlah bunyi
siren kecemasan tu. Baru dapat tau teacher ada breast cancer, jom kita doakan kesembuhan untuk beliau.
Homeroom
teacher kita cikgu
Fazliana ni seorang yang boleh bawa bincang tapi tegas dan kuat juga membebel
dia. Haha. Tapi macam mak mak lah kan. Terima kasih cikgu tahan dengan aduan
dari cikgu-cikgu lain tentang perangai kitorang yang tak
semenggah ni. Banyak salah kami pada cikgu-cikgu, maafkan kami dan minta halalkan ilmu.
Setakat
itu sahaja penulisan kali ini. Banyak lagi jenis-jenis cikgu dekat sekolah tapi
tak larat nak tulis semua sebab zaman sekolah pon
dah 11 tahun berlalu, memori pon dah berhabuk dalam laci kepala otak.
Salam Ramadan dan selamat berpuasa kawan-kawan semoga berbahagia bersama
pasangan dan keluarga masing-masing. Tahun ni beraya di rumah masing-masing lah ye! Mohon maaf zahir dan batin.
Subscribe to:
Posts (Atom)