Saturday 16 May 2020

JENIS-JENIS CIKGU YANG KORANG JUMPA KAT SEKOLAH

Tahun 2020! Lama tak update blog ni. Ramai antara korang dah pon berkerjaya, berpasangan dan memang susah nak lepak sama-sama lagi. Budak-budak lelaki sejak dah kahwin ni group whatsapp pon senyap je. Kehidupan sekarang tak semudah dulu. Tapi tak apa, sempena Perintah Kawalan Pergerakan ni ada juga masa untuk update blog yang sendu ni sekadar mengisi masa lapang. Jadi entri kali ini ialah mengenai jenis-jenis cikgu!


1. Cikgu yang Suka Cerita Kisah Silam Dia
Jenis cikgu yang ni rasanya yang paling selalu kita jumpa kat sekolah. Biasanya cerita start bila ada benda yang dia tak puas hati dengan perangai budak zaman sekarang. Dalam kelas kita, cikgu jenis ni tak lain tak bukan lagi ialah cikgu BM kita iaitu cikgu Noraini. Beliau suka cerita tentang sejarah beliau untuk dibandingkan sebagai pengajaran. Tapi kadang-kadang macam angkat bakul sendiri je. Haha. Kita pon terpaksa dengarkan. Tapi hasil didikan beliau banyak yang dapat A dalam BM. Terima kasih cikgu!

Cikgu Noraini @ Hari Kantin Sekolah

p/s: Cikgu ni kalau dia cubit kat perut bisa rasa nak tertanggal kulit! Kalau korang ingat dulu masa nak siapkan kerja sekolah dia kat bilik tayangan sampai sanggup ponteng kelas fizik. Sir Tan kantoikan sorang-sorang kena cubit sampai terangkat-angkat tumit woi! Apalah dengki sangat Sir Tan mungkin sebab tak dapat balik awal hari tu kot.

Sir Tan buat kantoi la!

2. Cikgu yang Tak Garang Langsung
Cikgu jenis ni memang jarang la jumpa. Dia susah nak marah murid tapi kena marah dengan murid ada lah! Aku rasa cikgu jenis ni pernah ajar kelas kita dan tak lain ialah Sir Lim yang mengajar matematik. Sir Lim ni agak terkenal dengan RXZ pasang box dia. Kalau budak lelaki kelas kita, itulah jadi bahan. Sir Lim ni cakap pon lembut je. Ada satu peristiwa tu, budak kelas bising dia cakap, “kalau kamu bising, saya keluar”. Biasa budak bising yang kena keluar. Haha.

Sir Lim and partner

Selain Sir Lim, honourable mention yang lain ialah cikgu Sa’adah. Cikgu pilihan korang untuk menggantikan teacher yang garang tu, tak ingat nama. Kalau korang ingat, korang tulis surat ke pejabat pengetua untuk tukar cikgu Sa’adah sebagai cikgu matematik. Memang baik tak pernah merungut kalau murid tak faham dia akan ulang sampai faham. Terima kasih cikgu!

3. Cikgu yang Sporting 
Cikgu yang sembang macam kawan-kawan, pasang lagu masa kelas dan kalau gelak memang kuat. Tak lain tak bukan ialah cikgu biologi kita cikgu Raja Zainil. Kalau murid mengantuk dia pasang lagu. Berbeza dengan pengajaran di kelas, di makmal menggunakan slide untuk mengajar. Kalau bosan cikgu akan pasang video kelakar. Kalau dah mula sembang, memang galak la.

Semoga sihat selalu cikgu Raja!

Sir Tan boleh dikategorikan sebagai sporting tapi dia ni kuat juga membebelnya! Selain tu Sir Chandran juga boleh dibawa bergurau. Kalau lah korang ingat apa yang korang tunjuk kat dia. Kah kah kah… tak siap kerja sekolah? Boleh korang main kejar-kejar dekat koridor sekolah.

Tengok muka Sir pon dah terhibur

4. Cikgu yang Cun
Cikgu yang menjadi pujaan hati dan menjadi penyejuk mata murid lelaki di sekolah. Tak lain ialah cikgu Fizik kita iaitu cikgu Balqis. Cikgu ni muda lagi, dah lah baik pula tu. Selalu juga terlepas kena marah sebab tak siap kerja sekolah. Result SPM hancur mungkin sebab tak boleh fokus apa yang cikgu ajar kat depan sebab saya hanya fokus kat cikgu. Cia cia cia…

Cikgu Balqis belanja KFC

5. Honourable Mention
Cikgu Tang yang mengajar BI, sorry Sejarah ni unik sikit sebab dia akan bawak masuk hand speaker dalam kelas. Memang dah tabiat dia mungkin sebab suara dia tak kuat. Tapi itulah, kalau tersalah tekan button keluarlah bunyi siren kecemasan tu. Baru dapat tau teacher ada breast cancer, jom kita doakan kesembuhan untuk beliau. 

Teacher Tang @ Hari Kantin Sekolah. Nasib tak bawak speaker dia!
Homeroom teacher kita cikgu Fazliana ni seorang yang boleh bawa bincang tapi tegas dan kuat juga membebel dia. Haha. Tapi macam mak mak lah kan. Terima kasih cikgu tahan dengan aduan dari cikgu-cikgu lain tentang perangai kitorang yang tak semenggah ni. Banyak salah kami pada cikgu-cikgu, maafkan kami dan minta halalkan ilmu.

Setakat itu sahaja penulisan kali ini. Banyak lagi jenis-jenis cikgu dekat sekolah tapi tak larat nak tulis semua sebab zaman sekolah pon dah 11 tahun berlalu, memori pon dah berhabuk dalam laci kepala otak. Salam Ramadan dan selamat berpuasa kawan-kawan semoga berbahagia bersama pasangan dan keluarga masing-masing. Tahun ni beraya di rumah masing-masing lah ye! Mohon maaf zahir dan batin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...