Saturday, 31 December 2011

Rewind to Remind 3

Assalamualaikum ! em , lama dah tak update blog nie . sejak masuk U nie , sibuk dengan kerja . aku rasa cam malas nak update dah pasnie . bukan apa , dah takde benda nak tulis dah . actually banyak lagi benda yang kita dah buat sama2 , tapi biasalah otak manusia nie senang lupa . apapon , rasanya cukup sampai sini je post2 yang mampu dibuat . harap2 korang puas hati ! moga post2 nie sume dapat membuat korang tersenyum bila mengenang balik zaman persekolahan dulu .




5 ALPHA'09 in Memories




Hari Kantin 2009

Masa tu , semua orang sepakat nak pakai baju T-shirt kelas . ramai juga yang nak tak nak je pakai sebab ada tulisan 'aku budak alpha' yang nampak cam gah gitu . ape pon , dak2 pompuan semua pakai , bolehlah sebab tudung dorang tutup tulisan tu . pagi tu , kita semua lepak kat makmal biologi dengan cikgu Raja Zainil . 


Camnie la suasana masa tu , cikgu semua tengah prepare nak masak . cikgu Raja buat sandwich rasanya . budak laki , gossip je , bukannya nak tolong cikgu buat kerja . ish3 .. pe nak jadi :P makmal biologi nie banyak juga sejarah dia . Cikgu Raja selalu pasang musik bila kita buat kerja . makmal nie pon dikenali sebagai ubat tido sebab tiap kali masuk mesti mengantuk . faiz & the gang pernah susun kerusi kat belakang , buat tempat baring . kita gak baik dengan pembantu makmal , em tak ingat dah nama dia . tiap kali kita tanya dia , cikgu Raja mana ? dia jawab " berak " . huhu .. 


Ha ! nie pulak agenda dak2 perempuan . makan3 .. yelah , kata hari kantin . makan lah yuk . 


Haiyah !!!


Apa kau buat tu Aisyah ? Karate angin ka ? sorang lagi kat bawah tu , terkena renjatan elektrik agaknya . huhu .. masa nie , aku & dak2 laki tengah lepak kat tangga masuk library , pelik je kitorang perhatikan korang nie main ape . masa nie kemah2 tu  belum dipasang . 


Anis & Jah .. yep , anis sempat lagi buat tanduk untuk Jah . hehe ..




Rambut Pacak Aziz 

Biasalah rutin budak sekolah , memang tak sah kalau tak singgah tandas secara berjemaah . hehe .. untuk kali pertama aziz try buat rambut pacak . yang tak boleh blah bila sebaik je keluar tandas , TASS !! aziz kena rotan dengan cikgu Jiva . kesian aziz sebab dapat ' hadiah ' walaupun cuba buat kali pertama . hehe ..
Cik Adik Manis ~

Helo ! khas untuk budak2 laki , korang ingat lagi tak budak yang korang minat sangat tu ? yang molek , manis-manis gitu . alamak , aku dah tak ingat nama dia . tapi ! korang jangan kecewa , jeng jeng jeng .. aku  terjumpa pulak facebook cik adik manis nie . hmm , dia guna bukan nama sebenarlah pulak , Kiki Mirae . huk huk , jom sama2 tengok gambar beliau . tak sangka hebat jugak aku dalam stalker orang nie . hee ..

name : Anonymous 
(minta korang kalau ingat sila bagi tau)

Adik aku cakap nama dia , Saodah . hee ..

Lawatan ke Perak 2008

Yang nie aku sure korang mesti ingat lagikan ? Masa nie , cuti akhir tahun Tingkatan 4 tak salah . kita menginap kat Hotel Mak Ayah Cikgu Faz SDN. BHD , hee . okay , seingat aku kita pergi Masjid Ubudiah , Bandar Perak , Callie's Castle , Tambun . 


Apek & Alice , waa ada skandal ke ? hehe .. main2 je . time nie korang tengah tunggu bas kat depan pintu pagar utama .


Jah & Fatin . Whoa ! mata korang ! dasat tol .. (dalam bas , on the way ke Perak)


Masjid Ubudiah , Perak . sampai je Perak , kita singgah sini dulu untuk solat Jamak & Qasar . Pertama kali tengok masjid nie , macam "WAU !" , kira feeling tu macam terkilan & terpegun jugak lah . Cantik bak lukisan .


Nie kat depan Masjid . masing2 tengah posing baik punya . aku tak paham Faiz , pose Karam Sigh Waliya jugak kau tiru . Helmi bak " im sexy & i know it " . hehe .. ok , cam biasa Is tidur .. & paan , tersepit kat belakang . haha .


Ha ! masa nie , korang tengah beratur untuk amek turn tengok cermin nak repair rambut masing2 . Where is Paan ? this is the place you suppost to be here , hehe . just joking paan , jangan marah :)


Okay , ajie cam mencarut di situ . nice ass baby , hehe . Haziq pon sama tumpang sebontot dengan ajie . dalam banyak teruna kat depan nie , aku dengan ini yakin Salleh yang paling smart dan hensem . Tak lupa juga kat apek , mana skandal U ? hee .. faris , no komen ;p


Lepas tu kita pergi Callie's Castle . Seram yuk tempat nie , boleh nampak wajah2 risau kat muka korang . naik jugak bulu roma jalan2 kat sini . hehe .. aku ingat lagi pernah takutkan dak2 laki masa naik tangga . Papepon , Alhamdulillah takde kejadian tak dingini berlaku . KECUALI ! misteri kenampakan anak perempuan dia kat bahagian atas tu , dalam gambar yang bulat tu . wot wot , tak pasti samada orang lain , atau ...... still remain a mystery .


 Hik hik , comelnya .. anak siapa nie ? muka korang still tak matang lagi time nie .


CALLIE'S CASTLE


Masa nie kita kat bandar , haziq sempat lagi try spec pasar malam kat situ . Apek jadi tour guide kita , sebab dia tau tempat tu . tak silap kampung apek kat Perak kan . so , dia bawak la kita pusing situ , g the Store & macam2 lagi . Dalam bas , tengok budak perempuan sume cam moody2 je . Jah cite yang korang kena kejar dengan orang gila . dengar cite ,  Fatin sampai nangis2 . hehe ..


Lastly ! The Lost World of Tambun . the best water park ever ! kelakar bila tengok budak2 perempuan semua dah terpeleot lepas main buaian pusing2 tu , hee .. aku & haziq pulak tak tahan tengok muka orang masa naik kapal lanun hayun2 , haih tak tau nak cakap camne . nak pecah perot , bukan sebab suspen naik benda tu , tapi pasal puas gelakkan orang tu . ish3 ..


Ye kami tak melepaskan peluang untuk bergaya , hehe . masing2 perasan hensem , tengok2 gambar yang keluar cam hape je . ajie cam orang zaman retro dulu , 60 'an gitu . paan ? hmmm .. ok je kot . tak nafikan kehenseman kau . hee .. Is pulak even spec tu tak sesuai untuk kau , kau tetap kacak . aku ? no no no komen :P
                       

Gambar nie diambil sebelum kita mandi , wah wah , aku suka pic nie walaupun aku tak hensem . hihi .. muka haziq tak berapa nak berubah sangat . semua lebih kurang je kecuali aku , sebab aku rasa kacak skang :P hehe . untunglah kita , sebab dapat sim card celcom percuma sebelum balik . rezeki tu ~


Toh Siew Ling , Chuk & Alice .. kolam belakang tu untuk kanak2 cam kitorang . budak2 laki ada pelampung besar satu . perempuan satu . kaler hijau kan ?  yang beratapkan daun cokelat tu tempat orang jual2 . 


Meoww~~ lepas puas mandi , tangkap gambar kita pon balik . malam tu , ada pemberian cendera mata . yeay ! semua orang dapat mug . pastu , ada kata2 untuk pesanan . aku  dapat , " jangan blurrr selalu " . hee . aku simpan lagi cawan tu . sayang nak guna , hee . Akhir kata , aku seronok dapat kenal korang . walaupon skang kita semua dah jauh & tak lama lagi dah nak kawin , harap2 boleh jumpa korang & buat reunion sekali lagi . hehe .. jangan lupa hantar kat jemputan nanti , tak sabar nak melantak nasi minyak korang . kbai ~ ;D


- Rewind to Remind -
5 Alpha Crew '09


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...