As Salam
Bila dengar lagu ibu dari aeman nie . tetiba je teringat balik time program curahan kasih dulu . masa tu , dah x boleh tahan air mata dah . aku ingat lagi kot , masa tu bebudak laki semua kat bilik muzik . pehh , masa tuu feeling memang masyuk habis lahh . pandai betul dorang buat program kesedaran nie . so , bila semua orang dah duduk . dia suruh sume orang tutup mata . pastu , dia main kan musik . slow je . orang musik cakap musik unplugged lahh . hmm , mula mula dia cite camnie . ‘ cuba bayangkan , kamu berseorangan duduk di atas seketul batu .. dan di sebelah kamu ada air terjun . dalam kesunyian tu .. tiba tiba muncul pusar kat atas air . di dalam setiap pusar , muncul wajah orang yang amat kamu kenali . muncul wajah emak , pastu ayah kamu .. & seterusnya adik beradik kamu yang lain . kamu panggil mak ayah kamu . MAK !! AYAH !! tapi pusar tu perlahan2 hilang . kamu menangis minx tolong .. tapi masa tu , xde sesiapa pon yang dapat tolong . tiba tiba muncul satu suara . suara mak ayah kamu . kamu ikut arah datangnya suara tu . kamu daki bukit yang sangat tinggi . beberapa kali kamu tersungkur , tapi mak ayah kamu terus beri dorongan . sampai satu masa , kamu nampak bayangan di atas bukit . siapa ? MAK ! AYAH ! akhirnya kamu bersatu dengan keluarga kamu . kamu berpelukan nan mak ayah & adik beradik kamu ‘ ( aku shortcut kan je cite nie ) (Senyap)...................................(bunyi orang nangis & sedut hingus je)...................‘ ok , perlahan lahan buka mata kamu ‘ .. aku pon bukak mata . masa tu , memang dah lenjan habis baju . & secara x sengaja aku tengok hingus aku MELELEH wei !! hahaha . tapi kan , memang feeling gila masa tu . cite yang aku citekan balik nie bukan lahh tepat sangat pon . aku ingat sikit sikit je. ada aa sikit tokok tambah kat situ sikit . huhu . tapi cite abang tuu memang sedih kot . memang terbit lahh keinsafan dalam diri . sediiiiiih ! wuu ~ masa tu , mak aku datang kot . bila nampak je muka mak aku , rasa cam nak peluk & nangis gila2 . tapi .... x molek lahh kan . orang laki nangis kalah pompuan . huhu . so , aku cover je . even kelopak mata nie dah berair . hmm , btw kan ... sori lahh sebab ayat atas tu cam skema skema sikit kan . OK lah , tetiba je ngantuk . sayang mak ayah . kasi kiss sikit , muuuuuuaaahhh !! ( kat mak ayah , jangan salah faham ye ? huhu .. ) babaiiiiiii ^^
PENGORBANAN SEORANG IBU
Ini adalah kisah benar pengorbanan seorang ibu semasa Gempa Bumi di China.
Selepas gempa bumi reda, apabila penyelamat tiba di runtuhan rumah seorang wanita muda, mereka melihat mayat beliau melalui celah runtuhan dan timbunan tanah.
Selepas gempa bumi reda, apabila penyelamat tiba di runtuhan rumah seorang wanita muda, mereka melihat mayat beliau melalui celah runtuhan dan timbunan tanah.
Tetapi entah bagaimana ia kelihatan agak aneh seperti melutut pada seseorang dan menyembah ke hadapan, dan dua tangannya menyokong sesuatu objek. Rumah runtuh itu telah menghempas belakang dan kepalanya.
Dengan usaha yang sukar, ketua pasukan penyelamat meletakkan tangannya melalui celahan yang kecil di dinding untuk mencapai badan wanita tersebut. Dia berharap bahawa wanita ini mungkin masih hidup. Walau bagaimanapun, badannya yang sejuk dan kaku membuktikan bahawa wanita itu telah meninggal dunia.
Dengan usaha yang sukar, ketua pasukan penyelamat meletakkan tangannya melalui celahan yang kecil di dinding untuk mencapai badan wanita tersebut. Dia berharap bahawa wanita ini mungkin masih hidup. Walau bagaimanapun, badannya yang sejuk dan kaku membuktikan bahawa wanita itu telah meninggal dunia.
Dia dan seluruh pasukan meninggalkan rumah itu dan mencari mangsa pada bangunan runtuh yang seterusnya. Tanpa sebarang alasan, ketua pasukan ini didorong oleh satu kuasa yang kuat menariknya untuk kembali ke rumah wanita yang runtuh itu. Sekali lagi, dia melutut dan melalui celahan runtuhan yang sempit untuk meninjau keadaan mayat itu. Tiba-tiba, dia menjerit kegirangan, "Seorang kanak-kanak! Ada kanak-kanak! "
Seluruh pasukan bekerja bersama-sama dengan berhati-hati mereka memindahkan objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga mati. Terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 bulan yang dibalut dengan selimut berbunga di bawah mayat ibunya. Jelas sekali, wanita itu telah berkorban hingga ke akhir hayatnya untuk menyelamatkan anaknya.
Apabila rumahnya runtuh, dia menggunakan tubuhnya untuk melindungi anaknya. Budak lelaki itu masih tidur dengan nyenyak semasa ketua pasukan penyelamat itu menemuinya.
Doktor bergegas datang untuk memeriksa anak kecil tersebut. Selepas beliau membuka selimut, terdapat telefon bimbit di dalam selimut itu. Tertera teks mesej pada skrin telefon bimbit itu, "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." mesej ini telah dihantar dari satu tangan ke tangan yang lain.
Doktor bergegas datang untuk memeriksa anak kecil tersebut. Selepas beliau membuka selimut, terdapat telefon bimbit di dalam selimut itu. Tertera teks mesej pada skrin telefon bimbit itu, "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." mesej ini telah dihantar dari satu tangan ke tangan yang lain.
Setiap individu yang membaca mesej pasti menangis. "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." Begitulah kasih sayang seorang ibu pada anaknya!!
[ sumber ]
5 ALPHA '09
curahan kasih
No comments:
Post a Comment