Kita mulakan dengan kawan kita
yang sedia ada dengan gelaran tersendiri dalam kelas, insan terpilih tersebut
tak lain dan tak bukan, 3 trio terhebat kelas, Haziq, Emy & Paiz & akan
diikuti dengan korang sume.
HAZIQ |
Nama: Nor Haziq
Gelaran: Serombong
kapal, Vakum, Buah Jambu
Penjelasan: Ini semua gara-gara hidung beliau yang
bentuk seumpama buah jambu tua (sila ingat balik peristiwa sweater merah), gelaran vakum jugak agak popular mungkin diilhamkan dari lubang hidung nya yang
agak luas & serombong kapal adalah gelaran lain yang diberikan kepada haziq
oleh Paiz & sekutunya.
PAIZ |
Nama: Faiz
Gelaran: Jendul
Penjelasan: Sudah terang lagi bersuluh, bila dengar gelaran tu, korang mesti
paham2 je kan? Yes, tepat sekali. Dahinya umpama perisai, condong sedikit,
kalau korang nak main gelongsor pun buleh. Hehehe.
EMY |
Nama: Helmi
Gelaran: Pakok
Penjelasan: Pakok atau sinonimnya Jongang, adalah sifat-sifat yang popular
dalam kalangan pelajar sekolah, tak terlepas jugak kawan kita sorang ni, tanpa
beliau tak meriah lah kelas kita sebab tak ada bahan nak dibahan. Walaupun
terserlah kepakokannya, beliau ini seorang yang agak popular di kelas kita,
kira hot setap jugak la. Bila kami tanya ex dia (Jah), kenapa ko suka emy? Dia
cakap, sebab mata dia. Haaaa ko jangan main gila dengan emy wei, kalau dia
tatap mata kau, tak ada jalan keluar untuk kau geng!
ANIS |
Nama: Anis Rahila
Gelaran: Miss “R”
Penjelasan: Tak payah nak jelaskan, cube korang tanya sendiri kat beliau, Anis!
Apa yang penting??? Pasti beliau akan jawab, “Kejeghhhsame”. Atau pon mintak
dia ucap selamat hari raya, pasti beliau menjawab “Selamat Haghi Ghaye”. Ye
kawan-kawan, beliau adalah seorang yang pelat “R”. Tapi beliau seorang yang
amat comel (Lepas kutuk, kena puji sikit).
AMREY |
Nama: Amrey Ezuan
Gelaran: Apek/Abam
Penjelasan: Gelaran ni melekat dekat dia ni sebab muka dia ala-ala cina sikit.
Gelaran abam tu tak pasti datang dari mana, mungkin dari cerita Abam (2009)
yang dilakonkan oleh Zahiril Adzim, mungkin sebab watak yang dia bawak macam
apek ke macam mana tak tau lah, lantaklah. Tapi tu la gelaran yang dorang
panggil kat apek sorang ni.
DIYANAH |
Nama: Diyanah
Gelaran: Penyu
Penjelasan: Tak tau la apesal dorang panggil kawan kita ni penyu, tapi aku try
buat kesimpulan kenapa. Kenapa ye? Bagi pendapat penulis lah, mungkin sebab
muka dia agak bulat & kolar baju dia agak tinggi (Dia ni pengawas, selalu
pakai vase/coat). Jadi vase tu nampak macam cengkerang penyu, kepala dia yang
bulat tu macam keluar masuk dari kolar tu. Hmmm, mungkin. Rasanya tu lah
penjelasan yang paling hampir sekali. Apa pun dah kawen da kawan kita sorang
ni. Tahniah la ye!
PAAN |
Nama: Farhan
Gelaran: Mr. Perfect
10
Penjelasan: Beliau tak lekang dari cermin, poketnya tak kering dari sikat,
yeeee, itulah dia kawan kita, Paan. Selain itu, beliau jugak anak yang taat
pada ibunya, tak pernah keluar malam okayyy, kalau mau lepak sama-sama,
terpaksalah kami lepak di rumah beliau. Selain itu juga, beliau ada rupa,
cerdik orangnya, kelakar, seorang atlet bola tampar (punca kekalahan), lengkap pakej la senang cite. Betul lah dia ni Mr. Perfect 10, banyak peminat plak tu.
AISYAH |
Nama: Aisyah
Gelaran: Bulan
Penjelasan: Kerana dia bulat dan putih, fullstop.
SALLEH |
Nama: Sallehuddin
Gelaran: Bintik
Penjelasan: Salleh ni bukan nya berpenyakit sopak, tapi hanya kulit nya sedikit
berbintik-bintik umpama orang putih tu, kurang pigmen melanin gamaknya. Tapi
tak de lah teruk mana pun, entah budak-budak kelas kita ni bahan dia
lebih-lebih pulak. Ko jangan main-main dengan Salleh sekali dia KATOK kau baru
kau tau langit tu tinggi ke rendah, baru kau tau erti penyesalan. Hahahah.
KAUTSAR |
Nama: Kautsar
Gelaran: Katik
Penjelasan: Korang kalau tengok kautsar ni alahai macam kanak-kanak lagi. Kecik
je orangnya, mungkin tak cukup vitamin. Jadi amatlah sesuailah gelaran itu
untuk beliau. Katik tapi comel tak pe (Cam biasa, lepas kutuk kena puji).
AJIE |
Nama: Azwarazin
Gelaran: Dracula
Penjelasan: Gigi taring macam diasah je, serupa puntianak. Tapi tu jugak la
buat gadis-gadis teruja bila tengok beliau senyum, geram tengok gigi beliau.
Ramai peminat ni, banyak jugak yang sangkut dengan ajie, kelas kita je dah
berapa orang. Gurau je, plis jangan lepas ni tak nak kawan.
DAYAH |
Nama: Hidayah
Gelaran: Nasi
Ayam
Penjelasan: Dayah ni seorang anak yang taat, rajin & selalu tolong
parents beliau berniaga nasi ayam kat pasar malam. Bila kitorang beraya rumah
beliau, nasi ayam lah yang beliau hidangkan. Kecuali tahun lepas, tak ada nasi
ayam untuk kitorang. Tahun ni jalan raya please hidangkan kami dengan nasi
ayam. Pleishh.
FARIS |
Nama: Faris Hamizi
Gelaran: “The
Unstoppable Laugh”
Penjelasan: Beliau ni walaupun bertubuh kecil, tapi perutnya
agak besar untuk simpan nafas. Dalam kelas kita, dia lah insan yang paling lama
ketawanya, ataupun ada sela masa, berhenti sekejap, and then sambung balik.
Kami pon pelik dengan sifat dia ni. Unik & buat kami terhibur jugak bila
sume habis gelak, diam, tetiba terdengar kekehan manusia istimewa ni.
FATIN |
Nama: Fatin Amirah
Gelaran: Amoi
Penjelasan: Mata sepet.
Ni kalau nak ponteng pose, beli KFC open jer.
AZIZ |
Nama: Aziz
Gelaran: Playboy
Penjelasan: Ramai adik-adik form 1 yang admire dengan beliau, entah apa yang
ada kat Aziz ni. Sampai dia fening nak pilih mana satu, hahahaha, kalau korang
ingat la masa dia mula berjinak-jinak dengan kapel. Ramai jugak yang dijadikan
adik angkat, beliau memang King Of Hot.
WAFA'A |
Nama: Wafaa Damia
Gelaran: “The Dark Side of the
Moon”
Penjelasan: Dia gelap sikit, tapi manis. Sebab tu haziq sangkut.
HAFIZAH |
Nama: Hafizah
Gelaran: Jah/Kakak
Penjelasan: Maybe singkatan dari hafizah, atau pun mungkin dari perkataan
JEMAH, dipendekkan jadi JAH. Awat panggil dia Jemah? Banyak mulut kot? Pasai apa kakak? Entahlah, korang pikir sendiri.
IS |
Nama: Istafar
Gelaran: Sepet
Penjelasan: Sebab dia sepet. Selalu sleep walking, KERAP, dah jadi tabiat kat
kelas (padahal mata dia sepet). Sepet pun atlet kot, ko jgn main giler. Sebut
je sukan ape? Bola sepak? Bola Baling? Bola Tampar? Sume dia join. Ping Pong?
Ping Pong tak, tu Amirul Syafiq je yang handal.
MARYAM |
Nama: Maryam
Gelaran: Ustazah
Penjelasan: Baik akhlaknya, kurang gossip, tak de skandal, tudung pun labuh.
Bila tengok wajahnya, tenang je (Salleh cakap).
ANGAH |
Nama: Faris Adly
Gelaran: The
Beetles/Pendiam
Penjelasan: Rambut, rambut beliau. Konon nak bajet korea ler (B*B*
siapa yang tulis ni!), serupa mop lantai ada. Kikiki. Selekeh bak hang. Tapi
Dongibab, Kipidap angah!
CHUK |
Nama: Chuktima
Gelaran: “The
Cramps”
Penjelasan: Beliau yang mempunyai darah orang Siam ni pernah cramp satu badan masa latihan bola tampar.
Kami pon pelik kenapa dengan dia sebab nampak macam kena rasuk hantu, terbaring
pastu terjerit-jerit. Bhahaha. Semoga sihat selalu!
You Cant See Me, Because I am a Ninja. Deal With It!
EIZYAN
Nama: Eizyan Nazura
Gelaran: Ninja
Penjelasan: Meh aku jelaskan dalam serangkap pantun dua kerat, “Dulu Jahiliah,
Kini Berpurdah”. Sekian…
SHIKIN K |
Nama: Shikin Abdul Kahar
Gelaran: “The
Counseler”
Penjelasan: Ye, Shikin prihatin orangnya, suka dengar masalah
orang, orang pun suka berkongsi masalah dengannya. Itulah shikin, suka memberi
nasihat yang membina, bukan dalam kalangan perempuan je, lelaki pon sama, ye
tak Emy? Ye tak? Hehehe.
PAMI |
Nama: Fahmi
Gelaran: “All
Rounder”
Penjelasan: Orang yang sangat boleh diharapkan. Matang (Betul ke?
Kena consider balik), murid pilihan cikgu, atlet, pendek kata, all rounder.
Budak kelas lain, tapi kami anggap seperti kelas kami sendiri, selalu lepak
sama-sama. Berbakat besar dalam dunia lakonan, ni jangan lupa tonton movie “Ola
Bola” kat pawagam, 16 Januari 2016, beliau ni ada berlakon sekali. Haa,
berlakon pon boleh.
ATIQAH |
Nama: Atiqah Anwar
Gelaran:
Perempuan Melayu Terakhir
Penjelasan: Bukan aku yang gelar sendiri,
budak-budak laki la, maybe sebab dia ni ayu, cantik & yang paling penting
sekali dia ni jual Herba Life. Hahahaha.
SAL |
Nama: Salieati (Payah nak eja
nama hang, salah mintak maap)
Gelaran: Sally
Penjelasan: Kalau korang ingat,
dulu kat kelas kita lekat piring2 kertas kat dinding kan? Lepas tu dalam
piring2 tu ada nama masing-masing. Bermula hari tu lah kita tau Sal ni ada nama
manjeeerrr, Sallyyyyyyy.
SHARIFAH |
Nama: Sharifah Noraisyah
Gelaran: Fifi
Penjelasan: Bukan fifi fairuz fuyyo dalam Edisi Khas Tv3 tu. Tapi inilah dia
nama manje Sharifah, Fifi!! Sama kes dengan Sallyyyyy.
JU |
Nama: Juliana
Gelaran: Mama
Penjelasan: Sebab dia cam mak mak sikit.
DIANA |
Nama: Diana
Gelaran: Bongkok
Penjelasan: Sebab beliau ni bongkok sikit. Sampai dibahan budak2 laki yang suka
membahan. Tapi beliau sekarang pakar Psikiatri pasal koordinasi tubuh badan ni.
Hambek kau, Dushhh! Hebat beliau.
TOH |
Nama: Toh Siew Ling
Gelaran:
Toh
Penjelasan: Tu nama famili die.
SHIKIN H |
Nama: Ashikin Hashim
Gelaran: Ciku
Penjelasan: Aku dah habis idea.
Penutup kata, sebagai kawan-kawan memang biasa la di bahan, dan digelar dengan gelaran yang macam-macam. Tapi apa yang penting, jangan cepat sangat makan hati. Budaya ni memang jadi kebiasaan budak sekolah, sume untuk seronok-seronok ja, walaupun memang kadang-kadang sakit je hati, tapi chill out man. Budak-budak sekolah memang kena nakal, kalau baik, kau rugi. Hahaha. Tu la dia kata-kata hikmah dari penulis yang dah 6 tahun tinggalkan sekolah, harap korang hadam & hayati. Kekekeh, so long & goodbye.