Friday, 25 December 2015

Apa Bebudak Laki Buat Time Free?

Kami suma busy, ada yang kerja, ada yang sambung belajar, tapi bila ada masa, kami lepak sama2, selagi ada masa bersama, cewahhhh... ini lah gambar terbaru budak2 laki semua dah besar. Dah 6 tahun tinggalkan zaman persekolahan. Muka dah berjambang masing2, kecuali yang ala-ala K-pop tu mmg tak la. Contohnya cam pami & apek. Yang jadi kambing, angah, haziq, wan, emy, ajie sume ada simpan janggut, tak banyak pon adalah sikit. Kami biasa lepak di kedai-kedai makan, karaoke tu wajib pada setiap kali pertemuan, hahaha. 




Port ni namanya kedai anak bapak, terletak kat batu Ompek, Port Dickson. Masa ni kami baru je lepas main badminton dengan Sir Tan Legend. 



Mencendol. Tempat ni memang femes kat PD, dah lama dah bertapak, tujuh keturunan buat bisnes cendol. Cendol dia memang best, lain dari lain, hijau dia tu lembut tak macam typical cendol hijau tu keras. 



Kedai ni ada karaoke, depan PD Perdana. Masa kitorang pergi tu ada sorang mak cik ni karok. Pehhhhh.... suara dia power. Dia punya tarikkkk, boleh la berentap dengan Ella. Kami ingat gadis mana, kami tinjau2 rupanya mak cik. Hebat mak cik. Mesti muda-muda dulu tak puas karok. Sebab tu la kami karok dari muda, so tua-tau nanti sedar diri sikit. (Gurau kasar ja, soriii, harap2 makcik yang baca post ni tak marahhh), sayya tak kuaddddddd... Abaikan emy yang tengah kusyuk ber"shisha". Rata2 kami dah merokok dah, dulu kat sekolah suma clean ja, abih skolah, campak baju, mula la try2, geli2 dengan rokok, vape sebab stress bagai. Skang kami perokok tergarrrrrr...... yeahh, kami tak kuaddddd...




Ini kat McDonald PD Waterfront, dasyat sugguh lepak McD loaded ni masing-masing. Cite sebenarnya..... Mr Paiz yang belanjaaa, yelah, bekerjaya skang ni, doakan paiz murah rezeki. Pami pon dah bekerjaya, ni kami tengah tunggu kau pulak belanja? Hah? 



Ini pulak nama kedainya King Char Kuew Tiaw, terletak kat batu Ompek, Port Dickson. Masa ni bulan pose ni, tengah tunggu berbuka, welfie bagai dulu. Kalau tak pose, pinggan licin baru ambek gambo. Apa yang paling penting sekali, karaoke & apa yang paling bersuluh lagi nyata kat sini, kami mestilah pergi tarawih dulu sebelum karaoke, Husnuzon kawan2, bersangka baik ye. 


Bila dah cuti sem, kami buat BBQ. Tukang perap, Pami. Memang dia prepare sume, abam besar la katakan. Bakar same2 biasa port kami kat pantai memang kat Port Dickson terkenal dengan pantainya yang indah. Hehehe. Lepas tu paham2 la bayar sorang Rm 10 hinggit kat Pami. Nak ajak budak2 perempuan payah, banyak sangat alasannya, nak jaga anak-anak gamaknya (anak lembu), jadi BBQ dengan geguys je. Untuk merapatkan ukhwah. Gituewww...

Kalau nak tenang, sila tatap wajah ni lama2 (Paan cakap)

Sekian post kali ni, chau chin chau thanks visit blog visitors yang tak diundang! Kahkahkah (Jangan mare, sayya gurau saje, sayya takk kuadddd). Nah flying kiss sikit, muah (Untuk wanita jelita ayu saja, yang laki dan kurang cantik tepis ke tepi kiss tersebut).

Abang belanjer sikit :P


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...